Pages

Thursday, June 7, 2012

Tamadun China

Tamadun China

Latar Belakang Tamadun

  1. Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke selatan China.
  2. Perluasan kawasan ini bermula pada masa Dinasti Chin yang bermula pada 221SM-206SM.
  3. Maharaja Shin Huang Ti merupakan pengasa Dinasti Chin dan berjaya meluaskan jajahan takluknya hingga terbentuk empayar iaitu sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
  4. Shih Huang Ti(memerintah 226-210SM)
  • Beliau lahir pada sekitar tahun 259SM.Nama asal beliau ialah Raja Chen.Peranan utama beliau adalah menyatukan wilayah geografi dan meluaskan jajahan takluk China sehingga seperti yang wujud pada hari ini.
Shih Huang Ti


Aspek-aspek Peningkatan Tamadun China

Pemerintahan dan Pentadbiran

  1. Perluasan kuasa telah mengubah pemerintah berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat.
  2. Perluasan kuasa ini telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206SM dan konsep raja bertukar kepada maharaja.
  3. Terdapat pembentukan sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri dari pegawai yang dilantik oleh maharaja.Sistem birokrasi ialah sistem pentadbiran yang melibatkan pelbagai peringkat dan mempunyai banyak peraturan.
  4. Pegawai kerajaan yang dilantik terdiri daripada rakyat dan perlantikan tersebut dibuat oleh sebuah kawatankuasa dalam sistem perkidmatan,iaitu Hon Kao Tsu.
  5. Perlantikan pegawai ini berasaskan pada pencapaian dalam peperiksaan awam yang diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain.Shih Huang Ti memainkan peranan penting dalam hal ini.



Perundangan


Han Fei Tzu
  1. Sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif.
  2. Undang-undang berteraskan falsafah legalisme yang digubal dan diperkenalkan oleh ahli falsafah,Han Fei Tzu pada Dnasti Chin.
  3. Falsafah ini menyatakan undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia dan dalam menjalankan undang-undang tidak harus ada rasa belas kasihan.
  4. Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.Ini adalah perlu untuk membendung tindakan liar manusia dan dengan sebab itu raja mesti memiliki kuasa yang utuh.
  5. Undang-undang yang berasakan falsafah ini bertentangan dengan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selepasnya iaitu Zaman Dinasti Han dari yahun 206SM-8SM.
  6. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja menpunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.


Peluasan Kuasa

  1. Perluasan kuasa berlaku pada zaman Dinasti Chin,iaitu di bawah pemerintahan Shin Huang Ti yang telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
  2. Shih Huang Ti
  • memerintah secara autokratik,iaitu tegas dan mutlak
  • menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir
  • mengarahkan pembinaan Tembok Besar China untuk mempertahankan empayar China daripada serangan musuh
  • Tembok Besar China dibina oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin(221-206SM).Panjangnya lebih kurang 5000 kilometer.Lebarnya antara 4.5 meter hingga 9 meter dan ketinggiannya 7.5 meter.Pada zaman Dinasti Ming,tembok ini disambung sehingga sepanjang 6400 kilometer.Fungsinya adalan untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan orang Hun(nomad).Pembinaannya menggunakan tenaga yang ramai,iaitu lebih daripada 30000 orang.
     3.Kejatuhan Dinasti Chin diganti dengan kemunculan Dinasti Han terutamanya pada masa pemerinahan              
        Maharaja Han Wu Ti.
     4.Han Wu Ti
  • digelar juga maharaja tentera
  • berjaya memperluas kawansan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat
  • berjaya menakluki kawasan Sinkiang,Lembah Tarim dan Tutor di utara,Yang Tze,Kuangsi dan Kwang Tung si selatan
  • pada zamannya,pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan
  • berjaya mewujudkan keamanan dan kemakmuran China
Peningkatan Ekonomi
  1. Pertanian
  • sejak zamnan Dinasti Han,tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman
  • kolar kuda untuk membolehkan kuda menarik tenggala kayu,kereta kuda,kereta sorong dan penyisir tanah
  • pada zaman Dinasti Tang,Song,Yuan,Ming dan Ching,penciptaan alat kegunaan pertanian meningkat
  • sistem penanaman secara bergilir diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah
  • kawasan bukit diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang
  • sistem pengairan seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian dan mengawal banjir
    2.Perusahaan
  • perusahaan logam dan tembikar berkembang sejak zaman Dinasti Han
  • hasil perusahaan didagangkan ke kawasan di luar China seperti Alam Melayu,India,Timur Tengah dan Barat
  • hasil mula-mula dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang
  • buktinya terdapat tembikar China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal
    3.Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada kelahiran golongan kelas   
       pertengahan yang besar.
    4.Perkembangan ekonomi yang pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem 
       perhubungan iaitu pembinaan jalan raya,jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta  
       kuda dan kereta lembu.
    5.Kolar kuda
  • Salah satu sumbangan tamadun China kepada dunia ialah penciptaan kolar kuda untuk menarik kenderaan seta beban.Di Barat,penggunaan kolar pada kuda telah menyebabkan kua tercekik tetapi do China,kolar kuda yang diperkenalkan sejak abad keempat Sebelum Masihi ini dapat menarik beban sehingga 1.5 tan dan penggunaannya tidak melemahkan seta mencekik kuda tersebut.
    6.Jalan Sutera Darat
  • Hubungan perdagangan antara China dengan India dan Barat,iaitu Rom terjalin pada peringkat awal melalui jalan darat.Jalan tersebut dikenali sebagai Jalan Sutera Darat.Jalan ini bermula di Barat,iaitu dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China.
    7.Jalan Laut
  • Jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat,iaitu Rom.Jalan Laut ini berkembang semenjak bermulanya pelayaran jarak jauh pada sekitar abad kelima Masihi.Kapal yang belayar dari Rom singgah di India kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka,begitu juga dengan kapal dari China dan India.
Peningkatan Sosial

Pendidikan

  1. Masyarakat menghargai pendidikan ,perniagaan dan kesusasteraan.
  2. Matlamat utama pendidikan-untuk lulus peperiksaan awam kerajaan.
  3. Tiga peringkat pendidikan
  • peringkat sekolah rendah
          -mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa   
            memahami maknanya
  • peringkat menengah
          -tumpuan terhadap karangan dan sastera
  • peringkat tinggi
          -menterjemah suci
    4.Lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran
    5.Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap
  • tahap pertama Hsui Tai
         -setaraf dengan ijazah pertama pada zaman moden ini
          dijalankan di daerah
         -yang lulus berpeluang menjadi pegawai kerajaan
  • tahap kedua Chun-Jen
         -setaraf dengan sarjana,dijalankan di ibu kota daerah tiga tahun sekali

  • tahap ketiga Chin Shih
         -setaraf dengan doktor falsafah,dijalankan di ibu kota empayar yang bertempat di 
           istana,iaitu di hadapan maharaja,diadakan tiga tahun sekali
         -yang lulus ijazah ketiga berpeluang menjadi pendidik
   6.Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.

Falsafah

  1. Penekanan kepada hal berkaitan manusia,iaitu hubungan manusia dengan manusia lain.
  2. Sumber falsafah China termasuklah
  • Confucianisme
          -menekankan keperikemanusiaan dan maruah diri
          -mengutamakan kesopanan dan kesusilaan
          -menggalakkan hubungan baik sesama manusia
  • Lao Tze
  • Taoisme
          -menegaskan konsep keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan alam 
           dan masyarakat
  • Mo Tzu
         -dikenali juga Mtze atau Mencius
         -menolak beberapa ajaran Confucianisme
         -memikirkan cara melahirkan masyarakat dan politik yang baik
         -manusia berakhlak baik dan menjadi sebaliknya kerana pegaruh alam sekitar
  • aliran legalisme
          percaya bahawa hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban 
          masyarakat

Sains dan Teknologi


  • Teknologi membuat kertas
         -bermula di China pada tahun 105M oleh Chai Lun pegawai di istana China
          Chai Lun telah mencampurkan bahan mentah seperti rami,buluh dan sayur-sayuran 
          yang dicincang dan dijadikan pulpa.Pulpa kemudian diratakan pada skrin  
          poros,dituskan dan dikeringkan dalam kepingan yang tipis


  • Ilmu perubatan
          -kosep keseimbangan antara kuasa Yang(kuasa aktif) dan Yin(kuasa pasif) yang   
           membolehkan seseorang berkenaan sihat digunakan dalam asa perubatan    
           tradisionalnya


Seni Bina


  1. Tembok Besar China
  • dibina sejak zaman Dinasti Chou dan diteruskan oleh dinasti berikutnaya,dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking
     2.Bandar-bandar China Purba seperti Changan,Anyang,Peking dan Loyang juga dibina  
        dengan rekaan yang mempunyai tembok batu.
     3.Tembok-tembok di kawasan bandar lain pula dibuat daripada tanah liat dan batu bata.
     4..Di kampung-kampung juga terdapat tembok yang dibina daripada tanah lumpur.
       -setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara
     5.Kawasan di dalam tembok menempatkan kediaman raja.
     6.Kota larangan
      -salah sebuah istana maharaja yang masih kekal sehingga kini
      -mempunyai banyak dewan dan taman
      -dewan berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat hukuman,keraian dan 
        perjumpaan
    7.Kuil
      -terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi tempat tinggal,ruang tamu 
        dan tempat pemujaan(untuk kuil yang besar)


    8.Pagoda
      -berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat
      -biasanya mempunyai bentuk octagon atau segi empat(tidak tetap bagi semua binaan     
       dan tempat)
     -terdapat pelbagai jenis pintu gerbang,tembok dan jambatan
   9.Seni ukir turut meningkat.

Bahasa dan Kesusasteraan


  1. Perkembangan bahasa kurang jelas.Wujud 7 dialek utama di China : Mandarin,Wu,Hunnanis,Kaingsi,Hakka,Kantonis dan Fukien
  2. Peningkatan sastera-ada sokongan pihak kerajaan.
  3. Dinasti Han,Sau-ma Chien mempertingkatkan bidang sastera prosa dengan karya yang bertajuk Shih Chi yang menceritakan sosial,sejarah,kerajaan,pemimpin dan beberapa aspek ilmu pengetahuan yang menjadi ikutan dinasti seterusnya.
  4. Bidang puisi,tokoh penting:Tu Fu,Li Pa dan Po Chu-I semasa Dinasti Tang.
  5. Sastera pada zaman Dinasti Han meliputi sajak dan cerpen.Seseorang yang terpelajar harus mampu bersajak untuk melahirkan pengetahuan dan pemikirannya.
  6. Kesusasteraan yang lahir dalam tamadun Rom,Yunani,India dan China bukan sahaja untuk kepentingan pemerintah tetapi juga rakyat dan kebanyakan karya adalah untuk menyampaikan mesej kepada raja.

Sistem Sosial

  1. Golongan atasan/lapisan pentadbir(maharaja,keluarga diraja,pegawai bangsawan,sida-sida)
  2. Rakyat bawahan(golongan petani,artisan)
  3. Golongan hamba
  • kumpulan kedua dan ketiga merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama
  1. Confucius membahagikan masyarakat China kepada 4 kelas utama:
  • Sarjana-pegawai kerajaan berpendidikan
  • Petani
  • Tukang/artisan
  • Pedagang
    2.Golongan petani merupakan tulang belakang kepada golongan China.
    3.Individu China boleh menukar kelas yang lebih baik menerusi pendidikan.


Confucianisme

  1. Pengasas:Confucius,lahir pada sekitar 551 SM di negeri Lu(di Shantung).
  2. Beliau meletak jawatan sebagai pegawai kerajaan dan mengembara untuk menyebarkan ideanya.
  3. Masyarakat China telah menjadikan ajaran Confucianisme sebagai satu bentuk kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu dewa utama dalam masyarakat China.
  4. Ajaran Confucius menekankan prinsip moral yang tinggi seperti:
  • perikemanusiaan(ren)
  • kesusilaan(li)
  • ketaatan kepada ibu bapa(xiao)
    5.Prinsip moral ini harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat.
    6.Untuk mencapai ketinggian moral,seseorang harus mendapat pendidikan.
    7.Ajaran Confucius terkumpul dalam buku klasik:Analekta.


Taoisme


  1. Pengasas:Lao Tze,lahir di negeri Chu pada sekitar tahun 604 SM.
  2. Beliau pernah bekerja di negeri Chou.
  3. Mengembara ke luar untuk menyebarkan pengaruhnya.
  4. Menhasilkan buku Tao Te Ching yang mengadungi idea falsafah Taoisme.
  5. Taoisme pada asalnya berbentuk falsafah,kemudian menjadi ajaran berbentuk agama.
  6. Menekankan konsep Tao yang bermaksud jalan.Setiap tindakan manusia ditentukan oleh Tao.Oleh itu,manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku(dikenali wu-wei)
  7. Jika manusia bertindak-bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia.Manusia tidak berkuasa untuk mengubah sesuatu ke arah kebaikan.

No comments:

Post a Comment