Pages

Thursday, June 7, 2012

Tamadun China

Tamadun China

Latar Belakang Tamadun

  1. Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke selatan China.
  2. Perluasan kawasan ini bermula pada masa Dinasti Chin yang bermula pada 221SM-206SM.
  3. Maharaja Shin Huang Ti merupakan pengasa Dinasti Chin dan berjaya meluaskan jajahan takluknya hingga terbentuk empayar iaitu sehingga ke Sungai Merah di Vietnam.
  4. Shih Huang Ti(memerintah 226-210SM)
  • Beliau lahir pada sekitar tahun 259SM.Nama asal beliau ialah Raja Chen.Peranan utama beliau adalah menyatukan wilayah geografi dan meluaskan jajahan takluk China sehingga seperti yang wujud pada hari ini.
Shih Huang Ti


Aspek-aspek Peningkatan Tamadun China

Pemerintahan dan Pentadbiran

  1. Perluasan kuasa telah mengubah pemerintah berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat.
  2. Perluasan kuasa ini telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221-206SM dan konsep raja bertukar kepada maharaja.
  3. Terdapat pembentukan sistem pentadbiran atau birokrasi awam yang terdiri dari pegawai yang dilantik oleh maharaja.Sistem birokrasi ialah sistem pentadbiran yang melibatkan pelbagai peringkat dan mempunyai banyak peraturan.
  4. Pegawai kerajaan yang dilantik terdiri daripada rakyat dan perlantikan tersebut dibuat oleh sebuah kawatankuasa dalam sistem perkidmatan,iaitu Hon Kao Tsu.
  5. Perlantikan pegawai ini berasaskan pada pencapaian dalam peperiksaan awam yang diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain.Shih Huang Ti memainkan peranan penting dalam hal ini.